Kenyataan Sebutharga

Dokumen sebutharga boleh diperolehi daripada:- Unit Kewangan & Perolehan,
Aras 10 Menara KBS, Lot 4G4, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Penyebutharga perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen sebutharga dan berserta dengan profail syarikat yang terbaru. Salinan fotostat Sijil Pendaftran tidak akan dilayan. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul nombor sebutharga serta tajuk kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Unit kewangan & Perolehan,
Aras 10 Menara KBS, Lot 4G4, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.
Tidak lewat dari jam 12.00 Tengahari dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga. Pihak IPPBM tidak terikat menerima tawaran sebutharga terendah atau mana-mana tawaran jua pun.

[ Kembali ]