jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi SEGERA kekosongan Personel MySTEP.

1. BUTIRAN JAWATAN

Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan

Kesetaraan Adademik

Kadar Upah

(RM)

Setaraf Ijazah Sarjana Muda

2,000.00 sebulan

2. CARA MEMOHON

(a)          Calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

(i)            Resume;

(ii)           Salinan Sijil Kelahiran;

(iii)          Salinan Kad Pengenalan; 

(iv)         Salinan Sijil Pelajaran Malaysia;

(v)          Salinan sijil tamat pengajian lengkap dengan transkip.

(vi)         Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);

(vii)        Salinan sijil-sijil ko-kurikulum; dan

(viii)       Borang permohonan perjawatan (klik di sini untuk muat turun)

(b)          Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

(c)           Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

(i)            Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan

(ii)           Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

(d)          Pemohon hendaklah menulis nama jawatan “MySTEP” pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e)          Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p.        Unit Pengurusan dan Sumber Manusia

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan           : 29 Januari 2021 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang

4. PERTANYAAN

Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung iklan ini bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:

Puan Noratiqah bte Talib

No. Tel Pejabat : 03-8871 3014

E-mel                                    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Nurita Fariza binti Rahim

No. Tel Pejabat : 03-8871 3640

E-mel                                    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

5. CATATAN AM :

(i)            Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan

(ii)           Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(iii)          Tempoh sahlaku permohonan adalah selama satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan.