Permohonan Pencalonan Dalam Badan Eksekutif Commonwealth Youth Council (CYC) Bagi Penggal 2021-2023

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan, pencalonan bagi sembilan (9) jawatan dalam Badan Eksekutif Commonwealth Youth Council (CYC) bagi penggal 2021-2023 telah dibuka sehingga 21 Februari 2021. Sembilan jawatan yang dibuka untuk pencalonan adalah seperti berikut:

  1. Chairperson (open only to applicants from the Pacific region, as per the rotation policy);
  2. Vice-Chairperson – Inclusion and Engagement;
  3. Vice-Chairperson – Partnerships and Resources;
  4. Vice-Chairperson – Policy and Advocacy;
  5. Regional Representative – Africa and Europe;
  6. Regional Representative – Asia Regional;
  7. Representative – Caribbean and Americas;
  8. Regional Representative – Pacific; and,
  9. Representative Special Interest Groups (any region).

Untuk makluman YBrs. Dr./ Tuan jua, semua calon yang pernah mengemukakan permohonan pada tahun 2020, di mana pemilihan pada tahun 2020 telah ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19 masih perlu mengemukakan permohonan baru pada tahun 2021. Tarikh akhir pencalonan bagi mengisi jawatan Eksekutif CYC ialah pada 21 Februari 2021 (Ahad). Maklumat terperinci mengenai pencalonan jawatankuasa Eksekutif CYC termasuk syarat-syarat dan borang pencalonan boleh dilihat di dalam Pautan URL https://www.mi-nomination.com/cyc dan https://thecommonwealth.org/media/news/nominations-due-open-young-people-join-commonwealth-youth-council.

 

Antara syarat-syarat utama pencalonan adalah seperti berikut:

i. sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam organisasi belia dalam Negara;
ii. warganegara Komanwel; dan
iii. berumur 15 - 27 tahun.