Articles

Malaysian Journal Of Youth Studies, Volume 3 : 2010

Kepenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Kalangan
Belia Orang Asli Di Temerloh, Pahang

MOHAMAD IBRANI SHAHRIMIN, ZAINAL MADON,
DAYANG SHOBIHAH ABANG ABAI & KHADIJAH MUDA

ABSTRAK

Kajian kes ini meliputi tinjauan fenomena belia Orang Asli dan isu kepenggunaan teknologi komunikasi dan maklumat. Laporan kajian meneliti analisis kualitatif hasil dari sesi temu bual mendalam dengan empat informan Orang Asli. Sejumlah sepuluh orang informan terlibat dalam sesi temu bual yang direncanakan mengikut reka bentuk kajian kes (Yin, 1994). Verbatim dari transkrip analisis awal dibincangkan dan rumusan disimpulkan untuk menerangkan kepelbagaian isu dan konteks kepenggunaan ICT dalam kalangan belia Orang Asli di Kg. Paya Badak, Temerloh, Pahang. Tema mengenai peluang, aksesibiliti dan kekangan serta cabaran mendalami ilmu dan penggunaan ICT menjadi tumpuan kajian. Aspek kewangan dan pendidikan juga didapati menjadi fokus utama dalam menentukan kepenggunaan ICT yang lebih serius. Kajian akan datang dicadangkan untuk meneroka isu penembusan penggunaan khidmat jalur lebar dan lain-lain perkhidmatan tanpa wayar dalam kalangan belia Orang Asli di seluruh Malaysia, terutama di kawasan petempatan Orang Asli yang mempunyai Pusat Jalur Lebar Komuniti, sepertimana yang terdapat di kawasan luar-luar bandar utama di seluruh negara.

Kata kunci: Belia, Orang Asli, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kepenggunaan

 

[ kembali ]
youtube facebook rss blog twitter