jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

Berita berkaitan isu-isu belia secara langsung / tidak langsung bertarikh 26 Februari 2018

Berita Dalam Negara

1. KUALA LUMPUR - Taman Tun Dr Ismail (TTDI) telah mengalami penurunan kadar jenayah yang signifikan di kawasan tersebut setelah menjadi antara kawasan perumahan pertama yang terlibat dengan inisiatif pihak polis 20 bulan yang lalu. Program yang dimulakan pada Jun 2016 telah membantu mengurangkan kadar jenayah sebanyak 40% serta mempertingkat persepsi orang awam terhadap jenayah di kawasan itu. Menurut Ketua Polis TTDI, Timbalan Superitendan, Ahmad Mohsin Md Rodi, program tersebut telah merapatkan jurang antara komuniti dan pihak polis dengan penganjuran mesyuarat bersama penduduk secara bulanan dan sesi dialog bersama mereka.
Sumber: The Star Online; https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/02/26/ttdi-crime-rate-down-by-40-through-pilot-project-residential-area-enjoys-benefit-of-joining-modern-p/#HaoBlcHFhPAxMMgi.99

2. KUALA LUMPUR - Pendatang asing sedang mengambil alih banyak perniagaan kecil dan sederhana di lokasi-lokasi strategik dan rakyat Malaysia membiarkan perkara ini berlaku di hadapan mereka. Walau bagaimanapun, Jabatan Imigresen sedang berusaha untuk mengawal perkara ini. Menurut Jabatan Imigresen, pendatang ini menyalahgunakan permit kerja mereka dengan menyertai sektor lain atau tidak menghiraukan pekerjaan mereka yang sah. Menyedari keadaan ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali memaklumkan New Straits Times dalam masa dua bulan ini pihak jabatan telah menahan 7,225 pendatang termasuk yang menjalankan perniagaan haram.
Sumber: NST Online; https://www.nst.com.my/news/exclusive/2018/02/339040/invasion-business-snatchers

3. KUCHING - Seramai 100 kaki judi dan operator judi haram ditangkap dalam 75 serbuan dijalankan di seluruh negeri ini sepanjang minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut melibatkan 58 jualan loteri haram, 13 judi siber, dua berjudi di tempat awam dan dua gelanggang sabung ayam. Katanya, operasi dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah di Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Padawan, Kapit, Marudi, Betong, Bau, Simunjan, Sarikei, Kota Samarahan, Serian, Dalat, Saratok dan Sri Aman.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/100-ditangkap-dalam-75-serbuan-judi-haram-di-sarawak-1.616696#ixzz58BNuQrtI

Berita Luar Negara

1. LONDON - Sekurang-kurangnya empat cedera parah dalam kejadian letupan dan sebuah bangunan runtuh di Leicester, tengah ibu kota England semalam. Polis menasihatkan orang ramai supaya menjauhi lokasi kejadian dan memaklumkan penutupan laluan. Pasukan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan sejurus selepas jam 7.00 malam waktu tempatan daripada orang awam yang melaporkan letupan dan sebuah bangunan terbakar. Jurucakapnya berkata sebanyak enam jentera bomba dihantar ke tempat kejadian.
Sumber: Berita Harian Online; https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2018/02/392948/4-cedera-dalam-letupan-bangunan-runtuh

2. NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) meluluskan resolusi yang mengarahkan gencatan senjata dilakukan selama 30 hari di Syria bagi membolehkan bantuan perubatan dan bekalan asas disalurkan kepada penduduk awam khususnya di Ghouta Timur. Dengan sokongan daripada Rusia, resolusi tersebut menggesa supaya gencata senjata dilakukan serta-merta ketika pasukan tentera kerajaan Syria terus me­ngebom Ghouta Timur sejak se­minggu lalu sehingga meragut lebih 500 nyawa termasuk kanak-kanak.
Sumber: Utusan Online; http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-lulus-gencatan-senjata-30-hari-1.616368#ixzz58BINazQE

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam
IYRES, KBS