mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

Bicara Intelek

BICARA INTELEK/SEMBANG SANTAI/COFFEE TALK 


1. OBJEKTIF PROGRAM

1.1 Program ini bertujuan untuk:

Program Bicara Intelek/Sembang Santai/Coffee Talk IYRES 2017 merupakan inisiatif program yang memberi peluang orang ramai berkongsimaklumat dan penerangan berkaitan isu-isu semasa yangberkaitan dengan pembangunan belia dalam pelbagai aspek. Tujuan program juga adalah untuk pembangunan minda dan memberi motivasi sebagai masyarakat umum berkaitan keperluan untuk memahami sesuatu isu.

1.2 Matlamat program

1.2.1 Matlamat Khusus

a. Perkongsian dan penyebaran ilmu serta maklumat terkini berdasarkan penyelidikan yang telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tuntutan pembangunan belia masa kini.
b. Sebagai panduan dalam merangka, merancang dan merencana agenda pembangunan belia agar selaras dengan RMK-11.


2. SEBAB-SEBAB DIPERLUKAN

2.1 Menyokong pelaksanaan program berbentuk sokongan penyelidikan dan berkongsi maklumat dan pandangan daripada peserta mengenai program dan dasar-dasar kerajaan;
2.2 Memastikan hasil program diguna dan dimanfaatkan untuk pengetahuan masyarakat umum.
2.3 Menjayakan Pelan Strategik IYRES 2016-2020 dengan menganjurkan program-program intelek yang dianjurkan IYRES;


3. KAEDAH PERLAKSANAAN

3.1 Program ini melibatkan masyarakat awam untuk mengetahui isu-isu semasa serta berkongsi pengetahuan dalam menangani masalah yang berkaitan dengan masyarakat dan belia;
3.2 Program ini akan menjemput seorang penceramah yang berkaliber bagi setiap siri untuk berkongsi pengetahuan dan strategi dalam menangani sesuatu isu yang akan dikemukakan;
3.3 Peserta berpeluang bertanyakan soalan apabila terdapat sebarang kemusykilan berkaitan isu-isu yang disampaikan bagi menambahbaik perkhidmatan dalam merangka, merancang dan melaksana aktiviti pembangunan belia di Malaysia;

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:
TEL:+603 8871 3330
H/P:013-7732011 (Cik Siti Shazwani Md Yusoof)

  

2017     2016