mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

Pengenalan IYRES Community Enumerator (ICE)

1.  APA ITU PROJEK 4D OUTREACH  IYRES COMMUNITY ENUMERATOR (ICE)

• Merupakan satu projek berasaskan penyelidikan
• Projek ini akan dilaksanakan di peringkat komuniti bagi membangunkan budaya “Inquiry Mind” dalam membudayakan penyelidikan di kalangan belia berasaskan kepada isu dan permasalahan setempat.
• Menawarkan “ICE Fund” sebanyak RM3,000.00 sebagai dana untuk para belia menjalankan projek/ intervensi dan penyelidikan di peringkat komuniti setempat (in-situ) bagi menangani isu-isu atau permasalahan yang berlaku di peringkat komuniti.

2.  APAKAH MATLAMAT DALAM PROJEK INI?

DISCOVER
• Mengenalpasti isu dan permasalahan di peringkat komuniti.
DREAM
• Proses pencarian dan penemuan berkaitan nilai positif dalam kalangan belia oleh enumerator di peringkat komunti.
DESIGN
• Proses perancangan dalam mewujudkan perubahan kearah yang lebih efektif.
DESTINY
• Outcome serta impak terhadap keberhasilan projek yang dilaksanakan.

3.  APAKAH OBJEKTIF YANG INGIN DICAPAI PROJEK INI?

• Membudayakan penyelidikan dalam kalangan belia;
• Mengiktiraf peranan enumerator dalam konteks integriti dan kualiti penyelidikan;
• Menjalankan aktiviti-aktiviti intervensi yang bersesuaian yang berasaskan dapatan kajian;
• Menyerlahkan potensi belia dan penyelidikan sebagai bidang kerjaya, kesukarelawanan dan inovasi;
• Menyebarluaskan peranan dan fungsi ICE dalam komuniti setempat;
• Memperkasakan pengurusan data berasaskan realiti di peringkat komuniti berorientasikan “in-situ approach”.

4.  BAGAIMANA KONSEP PROJEK INI DILAKSANAKAN

• Mengenalpasti Isu/Permasalahan Di Peringkat Komuniti
• Melaksanakan Intervensi Berdasarkan Program/Aktiviti Di Peringkat Komuniti Menggunakan Pendekatan 4D
‘ICE Fund’ Sebanyak RM3,000.00 Akan Diberikan Sebagai Dana Bagi Pelaksanaan Projek
• Penyelidikan
Melaksanakan penilaian bagi melihat impak terhadap pelaksanaan projek
• Pengiktirafan
Pengiktirafan diberikan berdasarkan impak program yang dilaksanakan

5.  APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK PEMOHON YANG BERMINAT MENGIKUTI PROJEK INI?

• Permohonan terbuka kepada ahli yang mendaftar sebagai ICE (IYRES Community Enumerator) sahaja. Bagi yang belum mendaftar, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web: www.iyres.gov.my
• Warganegara Malaysia;
• Berumur antara 15-40 Tahun;

6.  BAGAIMANA PROSEDUR UNTUK MEMOHON PROJEK INI?

• Mengenal pasti isu dan permasalahan yang berlaku di peringkat komuniti setempat;
• Menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada 5 hingga10 orang.
• Mengisi dan menghantar Borang permohonan projek, kertas cadangan projek, dan Borang Senarai Semak yang lengkap kepada pihak IYRES. Dokumen tersebut boleh diperoleh di laman web rasmi IYRES: www.iyres.gov.my
• Hanya sekali permohonan sahaja dibenarkan;
• Permohonan yang tidak lengkap atau di luar bidang keutamaan akan dikembalikan;
• Kertas cadangan projek perlu dikemukakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja;
• Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada pihak IYRES sebelum tarikh tamat tawaran/iklan;

7.  APAKAH BENTUK PROJEK YANG LAYAK PROJEK UNTUK DIPERTIMBANGKAN?

• Projek yang memberikan impak yang besar dan bersifat jangka masa panjang kepada kumpulan sasar;
• Projek yang memberi manfaat kepada kumpulan sasar, komuniti dan negara;
• Projek yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik;
• Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 3 bulan.

8.  BERAPA LAMAKAH TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK INI?

• Tempoh pelaksanaan projek ini adalah tiga (3) bulan.

 

KEPADA WARGA ICE YANG BERMINAT BOLEH MEMUAT TURUN DOKUMEN BERIKUT;

Garis Panduan Permohonan ICE

Borang Permohonan Projek ICE

ICE Brochure