mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

FELO PEMIKIR INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES)

prof

YBhg. Profesor Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim


YBhg. Profesor Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang pertama bermula pada tahun 2005 hingga 2008. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Pembangunan dan Sarjana Kedoktoran dalam bidang Komunikasi Massa daripada University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat.

Antara sumbangan utama beliau adalah perintis dalam pembentukan Indeks Belia Malaysia dan Peta Belia Malaysia yang dibangunkan oleh IYRES, melengkapkan pembangunan Indeks Kanak-Kanak Malaysia 2009 yang dibiayai Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) serta menganggotai Jawatankuasa Penggubalan Pelan Tindakan Belia Negara dan Jawatankuasa Penggubalan Dasar Komunikasi Negara.

Beliau pernah dilantik sebagai Konsultan Komunikasi kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Uzbekistan dan Senior Visiting Fellow di Nordic Institute of Asian Studies, Copenhagen, Denmark dan di International Institute of Asian Studies, Leiden, Belanda. Selain itu, beliau turut mengetuai Long-term Research Grant yang bertajuk Mainstreaming Youth In Marginalized Community: From Transitional to Generational Pathways.

Berdasarkan sumbangan yang diberikan, beliau telah dianugerahkan Profesor Emeritus sempena Konvokesyen UKM kali ke-44.