mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

Visiting Fellow / Academic Attachment Programme (ACAP)

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menyediakan Visiting Fellow/ Academic Attachment Program (ACAP) bagi para ahli akademik yang berminat untuk berkhidmat atau menjalani cuti sebatikal di IYRES. Tempoh program ini adalah selama tiga (3) hingga Sembilan (9) bulan dan terbuka kepada warganegara Malaysia.

Sepanjang tempoh penempatan, calon akan bersama-sama terlibat dalam proses pelaksanaan penyelidikan, penulisan ilmiah serta pertukaran kepakaran dan maklumat dalam aspek pembangunan belia. Calon turut diberi peluang untuk mengendalikan penyelidikan bersama IYRES atau menyumbang penulisan ilmiah untuk diterbitkan oleh IYRES sebagai outcome program.
Kriteria Pemilihan:

1. Terbuka kepada warga negara Malaysia dan bukan warga negara;
2. Merupakan individu yang mempunyai kelayakan akademik bermula Ijazah Kedoktoran (PhD) mengkhusus dalam sesuatu bidang (expert in particular field);
3. Terbuka kepada ahli akademik dan profesional terutama yang mengkhusus dalam bidang pembangunan belia;
4. Berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan khusus dalam bidang pembangunan belia;
5. Keutamaan pengambilan ACAP diberikan kepada ahli akademik yang menjalani sabatikal dari mana-mana institusi pendidikan;
6. Penempatan bersifat separuh masa atau sepenuh masa

Peranan Dan Tanggungjawab:

Berikut digariskan peranan-peranan yang menjurus kepada “Coaching, Guidance and Mentoring”:

1. Menghasilkan laporan penyelidikan/bahan penerbitan yang akan memberi impak tinggi kepada pembangunan fungsi dan peranan IYRES serta memberikan manfaat kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia;
2. Bertindak sebagai penyelidik bersama dalam kajian-kajian yang sedang dilaksanakan oleh IYRES.
3. Bertindak sebagai Mentor Penyelidikan dengan kaedah transfer of knowledge and expertise dalam bidang penyelidikan kepada warga IYRES yang terlibat secara langsung dengan melaksanakan penyelidikan sebagai aktiviti teras di IYRES.
4. Bertindak memberi khidmat nasihat kepakaran dalam menilai kertas perlaksanaan dan menghasilkan resolusi daripada program-program IYRES.
5. Bertindak memberi khidmat nasihat dalam proses penerbitan bahan ilmiah IYRES di samping menggunakan jaringan hubungan dalam pengumpulan artikel untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.
6. Memberikan sepenuhnya komitmen dalam menjayakan aktiviti teras iaitu penyelidikan dan aktiviti sokongan penyelidikan walaupun berkhidmat secara sangkutan/ separuh masa iaitu tanpa terikat dengan masa bekerja.
7. Bertindak mempromosikan IYRES di peringkat nasional dan antarabangsa dalam pelbagai platform yang bersesuaian.
8. Bersedia untuk dihubungi pada waktu pejabat dan boleh menghadirkan diri di pejabat sewaktu khidmat kepakaran diperlukan.
9. Bagi mencapai semua tanggungjawab yang digariskan, Visiting Fellow/ ACAP digalakkan untuk memahami visi dan misi IYRES dan juga Kementerian Belia dan Sukan.
10. Tiada Elauan diberikan sepanjang menjalani Visiting Fellow/ ACAP di IYRES.

Ahli akademik yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan melengkapkan Borang Permohonan Visiting Fellow/ ACAP berserta resume dan hantar/ e-mel ke alamat berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10 Menara KBS
No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya
No. Tel: +03-88713753
No. Faks: +03-88713342
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun dan pengambilan calon berdasarkan kepada kekosongan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi urus setia menerusi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..