mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

Fakta Belia 2010

 Fakta Belia

 

FAKTA BELIA Malaysia 2010, merupakan hasil himpunan data-data yang diperolehi daripada pelbagai sumber. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan kita memahami generasi muda melalui data-data yang dapat memberikan gambaran mengenai kedudukan mereka baik secara demografi, emosi mahupun gaya hidup.

Maklumat yang disediakan adalah ringkas dan mudah untuk digunakan oleh semua pihak, sama ada pegawai, pekerja belia, atau individu yang ingin merancang program ataupun sekadar ingin memahami generasi belia secara lebih dekat

Fakta yang dipaparkan diperolehi melalui kaedah pengumpulan data sekunder dan data primer. Maklumat daripada data sekunder meliputi maklumat yang dibekalkan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan manakala data primer diperolehi melalui hasil penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak IPPBM.

Fakta Belia Malaysia Edisi Kedua ini mengandungi 12 tajuk utama yang menyentuh mengenai profil penduduk, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, literasi media, sosialisasi politik, kelab dan persatuan, sukan dan rekreasi, prasarana, sukarelawan dan tingkahlaku devian.

 
 
 
  1. Profil Penduduk 7. Sukan dan Rekreasi  
  2. Pekerjaan 8. Prasarana  
  3. Pendidikan 9. Penglibatan Politik  
  4. Kesihatan 10. Sukarelawan  
  5. Literasi Media 11. Tingkahlaku Delinkuen  
  6. Kelab dan Persatuan Belia