jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

TAWAU

TAWAU, 4 OGOS 2019 – Seramai 461 responden telah menyertai proses pengumpulan data bagi Penilaian Program FitMalaysia 2019 yang telah diadakan di di Padang Bandaran Tawau, Sabah. Penilaian ini telah dibantu oleh 10 orang IYRES Community Enumerator (ICE) yang bertujuan untuk melihat pandangan masyarakat setempat mengenai pelaksanaan program FitMalaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di Negeri Sabah terutamanya di Daerah Tawau. FitMalaysia Tawau telah dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah serta tetamu Kehormat yang lain. Dianggarkan seramai 20,000 penyertaan berjaya direkodkan bagi penganjuran FitMalaysia kali ini.

 

Disediakan oleh:
[Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor][Aqilah[at]iyres.gov.my]

Disunting oleh:
[Muhammad Hadi Muhammad Nafis][hadi[at]iyres.gov.my]