jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

WIM JUN 2019

PUTRAJAYA, 21 JUN 2019 – Bengkel Penulisan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials - WIM) Kerja Belia Siri Dua telah berlangsung di Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya pada 20 dan 21 Jun 2019. Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada bengkel siri satu yang diadakan pada bulan April yang lalu.

Bengkel pada kali ini memberi fokus kepada semakan pelan mengajar teori yang telah dibangunkan oleh peserta ketika bengkel siri satu yang lalu serta taklimat tentang penulisan pelan mengajar amali. Fasilitator bagi bengkel ini adalah En. Yusni Amir bin Dahalan dan En. Mohd Ghazali bin Mohd Daud daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran serta En. Mohd Saari bin Che Awang daripada Institut Latihan Perindustrian Pedas. Bengkel siri tiga dijangka akan dilaksanakan pada bulan Julai nanti.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Norati’qah Talib
noratiqah[at]iyres.gov.my