jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

31 Mei 2019

PUTRAJAYA, 31 MEI 2019 – Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Travelog Ilmu Siri 1 untuk tahun 2019 bertempat di Galeri, Menara KBS. Travelog Ilmu pada kali ini membawakan tajuk ‘Jom Raya’ bagi mengupas isu perbelanjaan dalam musim perayaan. Penceramah jemputan kali ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Bin Sabri, Timbalan Dekan (Inovasi dan Jaringan Industri), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah berkongsi tips-tips perbelanjaan yang praktikal kepada semua yang hadir. Antara tips tersebut adalah menyediakan bajet anggaran perbelanjaan bagi keperluan serta menyediakan tabungan awal khas bagi menyambut Aidilfitri. Peserta yang hadir turut berpeluang berkongsi pengalaman serta bertanyakan soalan kepada penceramah jemputan dalam memaksimakan platform pengetahuan yang dilaksanakan dalam suasana yang santai. Semoga ilmu dan input yang didapati daripada program ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir dalam merancang perbelanjaan mereka dengan lebih berhemah.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Muhammad Azamuddin Hashim
azamuddin[at]iyres.gov.my