jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

2002

PUTRAJAYA, 20 FEBRUARI 2019 – Penulisan merupakan satu medium komunikasi yang penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Justeru, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Penulisan IYRES khusus bagi meningkatkan lagi kualiti penulisan penyelidikan, artikel, serta laporan kajian dan aktiviti. Kursus dua hari yang berlangsung pada 18 dan 20 Februari 2019 ini telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat IYRES, Aras 10, Menara KBS dan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Madeline Berma melibatkan 25 orang penyelidik IYRES. Kursus ini mendedahkan para pegawai mengenai aspek-aspek penting dalam penulisan yang diharapkan dapat mempertingkatkan lagi kualiti penulisan dalam penghasilan laporan dan artikel.

 

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh:
Raja Shahida Raja Hassan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.