jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

20180825 rtm

KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2018 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah bersiaran di Radio Nasional FM dalam Slot Kafe Gen Y pada Sabtu. Program Gen-Y ini merupakan satu program yang fokus kepada  pembangunan belia di Malaysia.

IYRES diwakili oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES berpeluang berkongsi informasi berkaitan fungsi dan peranan IYRES serta hasil kajian serta program-program sokongan yang dilaksanakan oleh IYRES. Slot yang dikendalikan oleh DJ Fairuz Hiraz ini turut mendapatkan pandangan beliau berkaitan cabaran untuk meningkatkan tahap patriotisme dalam kalangan belia Malaysia. Beliau turut berkongsi input Domain Identiti daripada Indeks Belia Malaysia yang menunjukkan indikator patriotisme berada pada tahap sederhana, yang menunjukkan bahawa banyak langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi tahap patriotisme dalam kalangan anak muda.

IYRES amat mengharapkan sesi perkongsian seumpama ini dapat diteruskan dengan fokus kepada isu-isu yang relevan dan berkait rapat dengan belia masa kini.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Zuarini Jumai

zuarini[at]iyres.gov.my