mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES) TEROKA PELUANG KERJASAMA BERSAMA YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM)

20171026 ypm

 

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sentiasa terbuka dalam meningkatkan pembangunan belia Malaysia melalui kerjasama kajian dan projek bersama agensi lain. Dalam mengangkat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Delegasi IYRES yang diketuai oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff selaku Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dalam membincangkan potensi kerjasama yang boleh dilakukan secara bersama.

Satu kertas cadangan mengenai kajian pengesanan atau tracer study yang bersesuaian menjadi intipati utama ketika sesi ini. Kolaborasi program berkaitan pelajar yang berada dalam lingkungan umur belia turut dicadangkan agar dapat memberi pendedahan berkaitan potensi pembangunan belia Malaysia.

Output daripada sesi ini adalah permulaan kepada sinergi antara IYRES dan YPM yang dapat membantu meningkatkan kesejahteraan belia serta memberi impak yang positif kepada masyarakat, terutamanya dalam konteks pembangunan belia Malaysia.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Zuarini Jumai

zuarini[at]iyres.gov.my

  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES) TEROKA PELUANG KERJASAMA BERSAMA YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM)