jata kbs Agency under the Ministry of Youth & Sports
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

20201027 Travelog

PUTRAJAYA, 22 OKTOBER 2020 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Travelog Ilmu Siri 1/2020 dengan membawa topik Kesihatan Seksual dan Reproduktif – Belia Ambil Peduli melalui aplikasi ZOOM Webinar.

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian kepada peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif dengan cara yang betul.

Pihak IYRES telah menjemput dua orang pembentang iaitu Encik Zaid Mohamad daripada Smart Parents Network dan YBrs. Dr. Hamizah Mohd Hassan daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif. Manakala moderator bagi program tersebut adalah pegawai IYRES, Encik Shah Romnizam Ramli. Seramai 180 orang peserta telah mengikuti program ini yang dijadualkan bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

 

 

 

Disediakan oleh :
Encik Mohd Nor Azam Kamarudin
Pembantu Tadbir

Disemak oleh :
Encik Shah Romnizam Ramli
Eksekutif Penyelidik V