jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

20201001 Mesyuarat Pembentangan

PUTRAJAYA, 1 OKTOBER 2020 : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Mesyuarat Pembentangan Dapatan Data Pilot Test Kajian  Indeks Budaya Sukan Malaysia 2020 (IBSM2020) bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) IYRES.

Pelaksanaan mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentangkan hasil dapatan pilot test kajian dan menambahbaik instrumen IBSM2020 sebelum melaksanakan kajian lapangan. Pengumpulan data sebenar atau kajian lapangan bagi IBSM2020 dijadualkan bermula pada Oktober 2020.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Pakar Rujuk kajian iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Salleh Aman (UM), Prof. Madya Dr. Gunathevan Elumalai (UPSI), Prof. Madya Dr. Mohd Nahar Azmi (UM) dan Prof. Madya Dr. Tengku Fadilah Kamalden (UPM). Turut hadir adalah pasukan penyelidik IYRES.

 

Disediakan oleh :
Cik Hamizah binti Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Puan Shariffah binti Mamat
Eksekutif Penyelidik Kanan