jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

20200921 JalinanKerjasamaUPM

SELANGOR, 21 September 2020: Jalinan kerjasama strategik antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Universiti Putra Malaysia terus diperkukuhkan dengan lawatan kerja pada 21 September 2020 bertempat di Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM.

YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah mengadakan kunjungan hormat ke IPSAS bagi membincangkan peluang untuk kedua-dua pihak berkongsi kepakaran dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan penganjuran seminar yang berimpak global.

Kerjasama yang sedia terjalin di antara IYRES dan IPSAS di perkukuhkan lagi apabila Pengarah IPSAS, iaitu Prof. Dr. Ismi Arif Ismail melantik YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES sebagai ahli jawatankuasa penasihat IPSAS.

IYRES dan IPSAS bakal menandatangani Memorandum Perjanjian pada hujung tahun ini sebagai rakan kerjasama strategik yang berfokuskan kepada penyelidikan bidang pembangunan belia, data mining dan penggabungan penganjuran seminar.

 

Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Dr. Vellapandian Ponnusamy
Ketua Pegawai Eksekutif